Saturday, December 20, 2008

Personaliti iDoLa 2008

Saudara SaiFuL NaNg - MeNaNTu BeKaS Ketua Pengarah Pelajaran Dato Ahamad bin Sifon.
(CEO/Principal Photographer, Candid Syndrom & Founding Members of Clickcouture)

Alhamdulillah, seperti Brad Pitt, hari ini juga adalah hari jadi saya (18 Disember). Hari ini, saya tak boleh claim saya berumur 29 tahun lagi seperti kebiasaannya memandangkan kalau ikut tahun saya dah 30, tapi ikut tarikh…tak boleh lagi. Fair lah pasal masa darjah satu saya orang paling kecik dalam kelas sehingga darjah 6. Benci kalau kena beratur mesti kena duduk depan.

Sebagai milestone yang sangat bermakna buat saya, dan sebahagiannya mungkin boleh jadi inspirasi kepada yang masih mencuba. 30 tahun pertama saya, telahpun saya gunakan dengan segala mampu dan keringat serta airmata. Inilah saya semasa berumur 30 tahun

  1. Baru beberapa hari lepas tersenarai dalam 30 Usahawan Muda Paling Berjaya di Malaysia melalui taksiran Dewan Ekonomi Disember 2008, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatkan naskah anda, masih ada di pasaran.
  2. Berjaya mengeluarkan e-book saya yang pertama berjudul “Million Dollar Wedding Photographer”.
  3. Menubuhkan CandidSyndrome pada 2004 dan kini sebagai sebuah agensi fotografi Perkahwinan Melayu terbesar negara.
  4. Mengasaskan PhotoSkool.net, portal untuk pendidikan awal jurugambar yang kini mempunyai 8900++ pelajar maya dan pendidikan diberkan atas dasar perkongsian dan ia adalah percuma.
  5. Penubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru bersama beberapa orang pengasas lain yang berkongsi visi dan misi yang sama dalam pembelaan golongan Asnaf dan pendidikan sahsiah ulung.
  6. 2 hari sebelum saya berkahwin semasa berumur 27 tahun, saya telah berjaya mendapat total aset cair dan tetap tanpa hutang sebanyak RM1,000,000 hanya dengan mengusahakan fotografi perkahwinan secara SEPENUH HATI (PASSION WILL DO WONDER!)
  7. Di anugerahkan Allah dengan isteri comel (Dr. Intan Salwani) dan juga anak comel saya (Orked Saiful). Itu la anugerah terbesar
  8. Memenangi lebih dari 10 pertandingan fotografi serta pelbagai anugerah dalam dan luar negara dalam tempoh 2004-2008, antaranya ialan memenangi Anugerah Terbaik Pilihan Editor oleh The International Photography Library, USA, Canon Asia PhotoMarathon dan banyak lagi. Termasuk juga menjadi juri kepada pelbagai pertandingan fotografi di Malaysia dan Singapura.
  9. Menerima undangan workshop fotografi sehingga di UK, Japan, Australia, Singapura dan Brunei rentetan kejayaan besar konsep PHOTOCAMP yang PERTAMA KALI diperkenalkan di MALAYSIA.
  10. Diberi penghormatan sebagai bangsa Asia tenggara pertama yang ditawarkan tempat di Caroussel Du Louvre Paris (Anda pasti familiar jika anda tahu di mana Monalisa dimuzeumkan) untuk pameran fotografi solo. Malangnya, tarikh yang sepatutnya pada bulan 11 lalu ditangguhkan kerana tidak mendapat sokongan dari kerajaan (Sorry, rasanya mereka lebih suka sponsor kalau saya nak swimming across English Channel, walaupun sebagai orang yang ke berapa ribu berbanding sesuatu yang lebih melambangkan kekuatan intelektual bangsa Malaysia berdaulat…takpa, saya cari duit sendiri nanti)
  11. Menjelajah ke 5 dari 6 benua utama di dunia.
  12. Seperti orang lain, saya berjaya memiliki kereta idaman saya sebuah BMW E90 320i SE model terkini berharga suku juta.
  13. Menegakkan empayar CandidSyndrome tanpa terlibat dengan segala birokrasi serta tender kontrak kerajaan, jauh sekali terlibat dengan duit kopi bawah meja yang sering dikaitkan dengan usahawan-usahawan baru yang terpaksa melalui jalan kotor itu (sebahagiannya sahaja…ramai lagi yang masih bersih)
  14. Berjaya menubuhkan empayar CandidSyndrome sehingga permintaan konsisten sehingga kini dari Brunei dan Singapura. Sebelum berumur 30 juga, CandidSyndrome sudah bercawangan di Brunei Darussalam dan berjaya menjadi satu-satunya jurugambar rasmi perkahwinan diRaja Brunei pada tahun 2007
  15. Dicalonkan sebagai penerima Ijazah kehormat Seni di atas sumbangan (kata mereka) dalam menaikkan martabat fotografi Malaysia ke peringkat dunia dan juga menaikkan martabat industri fotografi sebagai sebuah profession terhormat di Malaysia termasuk usaha-usaha yang dilakukan ke arah itu tanpa henti, oleh 3 orang pencalon telah mencalonkan saya dari salah sebuah Universiti dalam negara. Walaupun tak berjaya menyaingi seorang penerima yang lebih layak lagi dan menerima lebih undi dan juga faktor usianya yang lebih berpengalaman dalam bidang kesenian, saya pasti…pencalonan itu sahaja sudah cukup membanggakan saya.
  16. Merapak sembah Kebawah Duli Tuan Patik Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muiz’zaddin Waddaulah kerana perlantikan patik sebagai jurugambar perkahwinan diRaja anakanda Tuan Patik.
  17. Paling penting…saya berjaya menjadi siapa yang saya rancang untuk jadi. Lebih dari itu, saya menjadikan hobi saya sebagai satu kerjaya yang penuh warna warni.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails