Friday, January 23, 2009

HaPPy cHiNeSe NeW YeaR 2009

SeLaMaT TaHuN BaRu CiNa
2009 = YeaR oF Ox

CuTi : 26, 27 & 28 of JaNuaRy

Sunday, January 4, 2009

Pantun buka sekolah

A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh lapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunanI
lmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Saturday, January 3, 2009

HaRi oRieNtaSi TaHuN SaTu SeSi 2009

SeLaMaT DaTaNg DaRi KaMi WaRGa PeNdidiK SKBS
KePaDa SeMua PeLaJaR TaHuN SaTu 2009.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails