Monday, February 8, 2010

Mekanisme pelaksanaan MBMMBI

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Menurutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan.

``Mekanisme “soft landing” adalah melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah.

``Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil,'' jelas beliau.

Katanya, perlaksanaan dasar tersebut akan bermula pada 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Walaubagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa.

Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

Beliau turut menjelaskan tentang pentaksiran bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimana mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

Mata pelajaran Sains dan Matematik bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2013 manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan sehingga 2015.

``Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016,'' jelasnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Thursday, February 4, 2010

Tuesday, February 2, 2010

Hari Orientasi Tahun 1 SKBS 2010

Tarikh : 31 Disember 2009

Tempat : Dewan Harmoni SKBS

Majlis hari orientasi/Suaikenal murid tahun 1 SKBS bagi tahun 2010 telah berjalan dengan lancarnya. Majlis bermula pada jam 8:00 pagi dan telah berakhir pada jam 12:00 tengahari. Sepanjang hari tersebut murid-murid telah diperkenalkan dengan guru-guru serta pihak pentadbir sekolah. Murid juga telah diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar dan Guru Penyelaras Tahun 1. Selain daripada itu, murid juga dikehendaki berada di dalam kelas bersama dengan guru kelas masing-masing

Ibu bapa yang hadir juga sempat diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar dan Guru Penyelaras Tahun 1. Secara keseluruhan para ibu bapa amat berpuashati dengan kemudahan persekolahan yang disediakan oleh pihak SKBS.

Sesi Pendaftaran



Menyesuaikan Diri



Masih Ada Yang Takut






MESYUARAT DAN PERJUMPAAN KALI PERTAMA RUMAH SUKAN SKBS 2010

Tarikh : Jumaat 15 Januari 2010

Masa : Sesi Pagi : 11:30 pagi - 12:30 tengahari
Sesi Petang : 4:00 petang - 5:00 petang

Tempat : Rumah Bangau - Kantin SKBS
Rumah Helang - Anjung Rehat Blok A
Rumah Kenyalang - Bahagian Hadapan Dewan SKBS
Rumah Merak - Bahagian Belakang Dewan SKBS

Agenda : 1) Makluman senarai guru penasihat
2) Cadangan perlantikan AJK rumah sukan
3) Makluman pembayaran yuran
4) Makluman etika pemakaian ketika latihan
5) Makluman acara yang akan dipertandingkan

Jadual latihan rumah sukan




Anda mungkin juga meminati:

Related Posts with Thumbnails